Tuesday, May 1, 2012

Malas yang Ikhlas

Assalamualaikum. Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana bagi aku peluang untuk hidup lagi, untuk terus menambah pahala, menambahkan taubat kepadaNya. Selawat dan salam, pujian segalanya untuk Allah, Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, ulama'-ulama', para tabi' wa tabi'in.

sejujurnya aku pun tak tahu kenapa aku update malam ni. semangat membuak-buak pula. orang minta aku update pasal BERSIH 3.0 yang baru lepas ni. bukan tak nak, cuma pada aku, biarkan aku sahaja dengan pendapat aku. kalau aku bagi tahu pendapat aku kat korang pun, korang bukan buleh terima kan? Baik aku diam, dan diam aku berisi kerana aku bukan katak bawah tempurung, aku manusia dalam rumah kaca. kalau nak mintak aku ulas, pendapat aku, kedua-dua belah pihak buat salah beb. tak boleh sangkal. aku tanak ulas panjang, sebab aku takdak bukti nak bagi. sekadar apa yang aku kaji, apa yang aku perhati, itulah pendapat aku. nanti kalau dah banyak bukti, bila masa yang sesuai, aku update pasal BERSIH tu ya.a

since hari ni, 30minit ustaz don dah episod ke 100, so aku rasa banggalah. Yalah, ustaz aku tuh. bukanlah mengajar aku, tapi dlu ustaz don kira macam penasihat dalam persatuan aku? tak caya? nak bukti? hampa p tepon dia sendiri. hekhek

  
Ni one of it. aku punya gambaq suma dorg dah kebas, so aku buleh tuntut balik. haha

hmm. bukan aku nak promote ka apa ka aku kenal ustaz don ni. cuma aku mmg suka style dia mengajaq. tadi paling aku suka tadi, ayat dia paling mahal, orang kata, Quotes of the day :

"Kalau nak betul-betul berjaya, hormat mak ayah, jangan lupa pada guru."

mak aii. tips sikit. tapi bila aku belek-belek, ingat-ingat, fikir-fikir kata-kata dia, aku rasa impak dia sebenarnya besaq. BERKAT. yes. Berkat is everything. kalau nak berjaya, dapatkan berkat mak ayah. jangan pijak mak ayah, jangan benci mak ayah, jangan derhaka kat mak ayah. hormat mereka. bukan benda susah. redha Allah bergantung kepada redha mak dan ayah. rugi sapa yang tinggal benda ni!

kongsi sikit cerita. mak sikapnya satu, membebel. membebel dan mak mmg tak boleh dipisahkan. why? itu sebabnya dia caring pasal kita. so janganlah bila mak tegoq kita melenting, knp hebat sangat dah? bagus sangat dah? jangan derhaka kat mak. ingat, hidup ni macam roda. apa yang kita buat, of coz kita akan kena balik nanti. itu fitrah dan realiti. so, admit it. ayah pulak, sikapnya cool. jarang ayah kita kuat membebel. ayah ni dia suka bagi nasihat. lagi-lagi bila jadi teruk. contohnya, sebelum SPM kita main-main, bila dah dapt result, dia orang yang cakap, "tulah, dlu ayah suruh belajar betul-betul, kan dah kena. sekarang padan muka." lain pulak dengan mak yang ambik sikap lebih positif atau kata lainnya redha. :) aku tak tahu lah mak ayah hampa semua macam mana, tpi mak ayah aku macam mana yang aku cita ni. cool and style. but, i know something, they love me and Me also love them a lott. haha. see, aku dah lari jauh dari tajuk post ni.

okay, back to the topic. akhir zaman ni macam-macam kita tengok, kita dengar. ada baik, ada buruk. terserah pada kita untuk memilih. aku terkesan dengan pesanan ustazah nor bahyah dengan "ling" nya, intipati dalam surah al-hujrat ayat 12 :

1) Jangan buruk sangka dengan orang.
2) Jangan asyik nak cari aib orang.
3) Jangan suka cari kesalahan orang.

bak kata ustazah bahyah dan "ling" nya tadi, hidup ni tak akan tenang if kita asyik nak buruk sangka, asyik nak mengumpat, asyik nak mengutuk, asyik nak cari salah orang saja. so bahasa mudahnya, jangan nak niat jahat sangat dengan orang. nasihatlah dengan baik kalau salah pun, bukan dengan mengaibkan segalanya. orite?

so, aku nak kaitkan dengan isu bersih baru ni. jangan percaya satu berita tu tanpa usul periksa. jangan main nak menuduh tanpa asas. please! do some research before talk! walau benci mana pon dengan BERSIH, please talk nicely. yang pro-BERSIH. we have no right in Islam to say to the policemen, "anjing, babi n etc" yes, dorg pukul anda dengan ganas, it doesnt mean korang boleh kutuk dia kaw-kaw. kalau korang jadi polis n kena macam tu amacam? yang anti-BERSIH pon, janganlah main tuduh je kata ganas, merusuh bagai. kalau dapat berita, siasat dlu. orite? professional sikit ya masing-masing. :)

see, masuk juga pasal bersih. nantikan update aku pasal bersih nnt. aku malas nak update masa tengah panas ni. karang kaw-kaw aku kena kang. haha. nilah dikatakan malas yang ikhlas. malas yang sebenar. jangan tiru dirumah. 

See you soon. Assalamualaikum. *My blog is boring, tak suka blah.*



No comments: