Sunday, January 3, 2010

New Year

salam.
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
dengan limpah kurnianya
kita masih lagi dalam keadaan selesa dan selamat
dan aman tanpa sebarang ancaman peperangan.
selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W
dengan kesungguhan baginda menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

kini kita telah menjejaki tahun yang baru, 2010 MASIHI.
seperti yang kita tahu,
setiap manusia KEBIASAANNYA meletakkan azam baru
pada setiap awal tahun masihi.
dan rasa saya jarang untuk kita meletakkan azam utk
tahun baru hijriyah.
mengapa ?
saya ulang, hanyalah segelintir.

di dalam al-quran,
kita hanya di sunatkan memberikan salam dan
diwajibkan menjawab salam.
hal ini terkandung dalam kitab suci yakni mukjizat nabi Muhammad.
tidak pula di dalam al-quran menyatakan untuk kita menyambut
ulang tahun masihi ?
walhal kita digalakkan menghargai ulang tahun hijriyah
bagi mengingati kejadian ma'al hijrah yang mendatangkan
seribu satu makna kepada kita seluruh umat islam.
jadi, apakah perlu untuk kita menymbut tahun masihi dengan sebegitu meriah ?

Prof Dr Yusof al-Qadhrawi mengeluarkan fatwa,
menyambut tahun baru masihi adalah haram.
hal ini juga disokong oleh Sheikh Al-Azhar dan beberapa orang ulama lain.
mereka menfatwakan bahawa bagi yang menyambut tahun baru masihi
bagi yang tidak mengetahui fatwa ini adalah FASIK ( berdosa besar )
dan bagi yang tahu tetapi tetap menyambutnya dia dikira sebagai MURTAD.

Prof Dr Yusof Al-Qadhrawi menyatakan bahawa
menyambut ulang tahun masihi seperti menyambut hari jadi tuhan YAHUDI & KRISTIAN.
hal ini juga menjadi lebih kukuh kerana ada kajian daripada salah seorang ulama' dari malaysia menyatakan,
pada 1 JANUARI setiap tahun masihi adalah tarikh KERAMAT bagi orang kristian dan yahudi dan ada juga menyatakan pada tarikh tersebut adalah kejadian dimana NABI ISA ataupun lebih dikenali sebagai JESUS oleh orang kristian di angkat ke langit.
sehubungan dengan itu, 2010 tahun lalu adalah tarikh berlakunya perkara itu.

usah kita lihat kepada skop yang terlalu besar.
apakah manfaat untuk kita jikalau kita menyambut tahun baru?
sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia,
apabila tiba malam tahun baru, di anjurkan KONSERT.
MAKSIAT BERLAKU SANA SINI.
apakah ini tanda kita menghargai masa yang diberikan oleh Allah ta'ala?
dengan menyambut tahun baru dengan pesta maksiat serta pesta seks ?
saya pernh membaca satu artikel tentang malam tahun baru.
apabila dibuat rondaan, semua pusat pelacuran, rumah tumpangan yang murah, serta di taman-taman dipenuhi oleh warga muda yang berpeleseran dengan pasangan masing-masing yang bukan muhrim!
apakah perlu untuk kita sambut perkara MAKSIAT seperti ini ?
sudah tentunya tidak.

jadi, jelaslah disini bahawa wajarlah sambutan tahun baru ini diharamkan oleh persatuan ulama' sedunia kerana kita tidak sambut tahun baru,
tetapi kita sambut TAHUN MAKSIAT BARU!

sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.
wallahu'alam.
salam 'alaikum. :)