Friday, November 13, 2009

Dakwah Itu Wajib

salam 'alaikum.
dalam bab agama
saya kurang arif.
yalah, saya cuma pelajar sains yang hanya bergantung pada fakta.
namun, saya rasa
sudah menjasdi tanggungjawab saya untuk mencari ilmu agama.
memandangkan keadaan di luar sana tidak selamat.
lagi-lagi bab agama.

kalau diperhatikan dengan teliti sekarang,
agama senang dipermain-mainkan.
lebih-lebih lagi dalam politik.
pada pemikiran saya,
adakah mereka tidak takut dengan azab
Allah 'azza wajalla?
mungkin kerana kepentingan peribadi menjadi priority utama bagi individu lain.
dan disebabkan hasad dengki dan tamak menjadi punca utama.

saya hairan.
mengapa orang yang daif ilmu seperti saya
mampu mempersoalkan perkara-perkara yang luar
daripada kotak pemikiran seorang remaja.
niat saya bukan untuk memberontak atau berlagak.
namun saya yakin yang bukan hanya saya
malah ramai lagi remaja yang berfikiran panjang
dan matang berpendapat sama dengan saya.
kerana kami bosan dengan permainan politik di Malaysia.
permainan yang kami tidak tahu
adakah ikhlas untuk rakyat dan agama
ataupun hanya untuk kepentingan diri sendiri.

dan hairan juga ya.
tiada sebarang inisiatif untuk membanteras masalah sosial
dalam kalangan remaja kini.
adakah golongan pendakwah yang minoriti ini
yang akan terus mempertahan agama dan
melakukan pelbagai inisiatif untuk membanteras masalah sosial kini.
cuba buka mata dan minda.
pakaian dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.
yang kini dianggap 'mengikut trend'.
mengikut trend?
mengapa perlu mengikut trend dan
tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah?

adakah sebarang sabda baginda nabi
yang menyatakan bahawa pemakaian seseorang insan itu
PERLU mengikut trend semasa?
tidak ada.
namun baginda berpesan supaya kita sentiasa
berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunnahnya.
dan adakah pemakaian mengikut trend
yang mendedahkan aurat itu perlu bagi kita?
sudah tentunya tidak.
didalam surah al-mukminun
ada menyatakan bahawa,
orang berjaya adalah orang yang menjaga kehormatan dirinya
yakni maruahnya.
jangalah kita menjadi terlalu jumud untuk menerima pandangan orang lain.
nasihat seorang muslim kepada muslim yang lain
adalah antara langkah dakwah.

ramai orang mempersoalkan bahawa
nasyid kini sudah sesat.
bagi saya tidak.
jika lagu yang berkaitan cinta
adakah semua lirik lagu cinta itu hanya untuk manusia?
cuba perhatikan bait-bait lagu tersebut yang
KEBANYAKKANNYA menyatakan cinta kepada Allah itu adalah kekal.
nasyid adalah satu jalan alternatif bagi pendakwah untuk berdakwah.
paling tidak kami mempunyai niat untuk menyebarkan Islam.

penerimaan seseorang itu tentang Islam tidak mudah.
contohnya tidak semua orang boleh terima dakwah itu secara terus.
namun mereka mendengar,
namun mereka tidak terus terima dan terus berfikir tenatnag dakwah yang disampaikan.
itulah lumrah kita sebagai manusia.
dan mengapa mudah untuk kita terus meluahkan kata-kata kesat kepada orang lain.
dan jika ada yang tidak kena kata-kata kesat terus dilontarkan.
contohnya apabila kita sedang marah,
mudah sungguh untuk kita mencarut.
macama-macam sumpahan yang keluar dari mulut kita.
MasyaAllah.
kadang kala ada yang mencarut mengalahkan berzikir.
maksud saya mencarut lebih banyak daripada berzikir.

tahukah kita yang berzikir itu membantu kita mengingat kepada sesuatu itu
dengan lebih mudah.
ada satu kajian menyatakan bahawa,
sekali kita zikir maka bersambunglah neurons dalam otak kita ini.
namun satu petikan gitar MAMPU memutuskan satu sel otak.
lihatlah besarnya kuasa Allah.
banyakkanlah berzikir kerana dengan berzikir
kita mampu mendekatkan diri kepada Allah sekaligus
membantu kita menguatkan ingatan.
maka tidak hairanlah jika para sahabt dahulu kala
mudah ingat kepada hadith dan Al-Quran.
contohnya, Imam Ghazali yang mampu ingat lebih 700000 hadith ketika usia muda.
dan Saidina Ali r.a mampu khatam Al-Quran sebanyak 8 kali sehari.
Subhanallah.
kalau mereka boleh apatah lagi kita?
apa beza mereka dengan kita?
kita masih sebagai manusia yang sama.

jadi,
jika ada perkara-perkara tentang agama
haruslah kita kongsi bersama.
kerana kita tidak boleh kemut dalam berilmu.
salam 'alaikum.

Wednesday, November 11, 2009

Indah tidak semestinya Yang Terbaik

salam 'alaikum.
even SPM macam hujung jari sahaja,
namun blog tidak akan aku lupakan.
sebab bagi aku
blog ialah satu medium untuk aku meluahkan perasaan
pendapat dan pandangan.
Alhamdulillah.
peluang untuk aku daripada Allah.

semuanya di dalam dunia ini adalah indah.
dan juga indah itu adalah ujian daripada Allah 'azza wajalla.
dan setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.
dan kita sebagai muslim yang cemerlang
perlu teruskan dengan kehidupan
yang penuh dengan ranjau walaupun
kadang kala kita rasa kita mudah tewas
dan rasa sudah putus asa.
jangan mudah putus asa
kerana putus asa itu tanda
kita seorang insan yang tidak mempunyai iman
yang mana ingin terus berusaha
mempertahankan usahanya untuk berubah
dan untuk menambah iman.
iman yang sempurna adalah tanaman dalam jiwa.

segalanya indah belaka.
ciptaan Allah 'azza wajalla memang indah.
unik dan sedikit sebanyak memberi impak kepada kita
untuk terus memuji Allah dan meneliti
apa sebenarnya tujuan kita di bumi ini.
namun adakah kita sendiri jelas
apakah tujuan dan matlamat kita sebagai
seorang muslim?
apakah kita sedar akan kedudukan kita sebenarnya
disisi Allah 'azza wajalla?

sebenarnya
kita semua sama disisi Allah.
kita sikit pun tiada hak untuk mencaci yakni
menghina dan melaknat orang lain
ataupun makhluk lain.
kerana apa?
kerana kita semua sama.
kita semua perlu menambah amal kita
supaya kita mendapat redha Allah
dan kerahmatan-Nya.

kehebatan seseorang itu
tidak dilihat oleh Allah daripada kekuatan zahirnya mahupun batinnya.
namun kehebtan kita akan dilihat oleh Allah 'azza wajalla
melalui ilmu dan amalan kita di dunia.
manusia yang sering berlagak hebat,
tidak akan mendapat keberkatan daripada -Nya.
kerana apa?
kerana hanya Dia yang paling hebat dan paling mulia
kerana Dia pencipta kita.

jadi,
marilah kita sama-sama muhasabah diri.
kita sebagai muslim yang cemerlang
perlulah sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran
dan As-Sunnah.
kerana itu sahaja Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan kepada kita.
salam 'alaikum. :)

Tuesday, November 10, 2009

Kepincangan Agama dan Negara

salam 'alaikum.
apa khabar?
kali ini ingin saya berbicara tentang
kepincangan agama yang sering berlaku kini.
hal ini sekali gus menyebabkan berlakunya masalah dalam negara yang mana
remaja dan golongan muda menjadi target dan menjadi keliru tentang
fakta dan fatwa yang diwar-warkan oleh pihak-pihak tertentu.

seperti yang kita tahu,
kini negara kecoh dengan kes dr maza ataupun dr asri.
apakah punca kejadian seperti ini?
adakah kerana wang ataupun untuk kepentingan diri sendiri?
ataupun adakah kerana politik?
apakah punca ataupun asbab berlakunya perkara yang merumitkan ini?

bagi saya sebagai seorang muslim berdarah muda,
saya berasa bimbang dengan keadaan di Malaysia sekarang.
mana tidaknya, agama dijadikan permainan politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
kemana perginya JAKIM dan kemana perginya ULAMA' yang ada di Malaysia ini?
kenapa mereka tidak menegakkan keadilan?
saya sendiri runsing dengan pemimpin di Malaysia ini.
hanya ada pangkat mufti,
tetapi tidak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.
tiada amanah.

kenapa tidak mencontohi imam Malik r.a contohnya.
beliau sanggup di sebat, sanggup dipenjara kerana mempertahankan fatwanya.
tetapi di Malaysia?
kemana perginya martabat seorang ulama ataupun mufti?
dimana ustaz ataupun ustazah?
adakah mereka hanya tunduk dengan DUIT?

kes dr maza.
beliau di bantah kerana dilantik menjadi YDP Yadim.
kerana 'wahabi'.
wahabi ialah satu fahaman yang tidak sesat,
kerana syahadah mereka semua sama dengan kita.
cuma golongan wahabi ini menolak apa-apa sahaja yang Rasulullah
tidak amalkan.
contohnya talkin.
asbab mereka menolak amalan talkin ialah
Rasulullah tidak buat.
namun persoalan saya disini,
adakah salah untuk kita untuk terus berzikir dan berselawat keatas Nabi?
apakah hak mereka untuk menidakkan perkara yang baik?
dan mereka menolak amalan berzikir selepas solat
kerana pendapat mereka Rasulullah tidak buat.
tetapi, adakah salah untuk kita terus memuji Allah selepas solat?
adakah berdosa besar kita membuat demikan?
sudah tentunya tidak.

mengapa mereka menggugat keamanan yang ada di Malaysia?
perlukah untuk kita bergaduh untuk mendapatkan kuasa?
bertepatan dengan sabda Rasulullah;
"ada tiga perkara yang menyebabkan seorang lelaki itu masuk ke dalam neraka iaitu harta, pangkat (kuasa) dan perempuan."
jadi kita sebagai muslim haruslah berpegang kepada sabdaan ini.

itu sahaja ,
Salam 'alaikum. :)
*spm in 7 days.

Monday, November 2, 2009

Perjalanan baru

salam 'alaikum.
hidup mesti diteruskan.
walaupun banyak ujian yang melanda sejak kebelakangan ini,
namun aku mengambil keputusan untuk terus tabah
dan sabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T.

kita sebagai manusia
mmg tak lari dari perasaan marah dan hasad dengki.
namun sebagai manusia atau MUSLIM,
kita perlu mencontohi Nabi Muhammad
yang berterusan bersabar dan tabah menghadapi ujian.
kerana apa?
kerana kita telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian
sepertimana yang kita ketahui dalam post sebelum ini.

surah At-Tiin *ayat 4
"manusia telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian."
jadi tidak perlulah untuk kita terus leka dengan dunia dengan asbab,
MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA.
dalam sebuah hadith,
Riwayat Muslim.
sesungguhnya Rasulullah telah bersabda,
"Aku diturunkan untuk menyempurnakan akidah manusia."
jadi wajiblah untuk kita MENCONTOHI baginda.

perasaan hasad ini timbul
apabila kita leka dengan hasutan syaitan yang licik.
maka kita terus membuat spekulasi yang tidak benar tentang orang lain.
yang mana kita tidak tahu kesahihan sesuatu perkara itu
tanpa bukti yang kukuh.
jika tidak ada bukti yang kukuh,
maka kita terus terjebak dengan perbuatan
yang diumpamakan Rasulullah,
seperti memakan daging saudara sendiri.
iaitu FITNAH.

perasaan marah juga PERLU kita bendung
kerana apa?
seperti satu riwayat,
para sahabat bertanya kepada Rasulullah,
"ya Rasulullah, siapakah orang yang paling bodoh?"
lalu Rasulullah terus menjawab,
"Orang yang tidak dapat menahan marahnya."
lihat betapa baginda tidak suka pada sikap mudah marah
ataupun baran.
jadi, kta wajib dan perlu menjauhi sikap marah ini.

kita juga perlu menanam sikap mudah memaafkan orang lain
dan bersikap think positif about orang lain.
kerana apa?
kerana dengan sikap itu, kita tidak rugi apa-apa.
malah pahala yang banyak akan kita perolehi.
dengan amalan memaafkan orang lain,
kita akan menjadi lebih tenang ibarat tiada masalah
walhal mudah untuk kita fokus untuk melakukan perkara yang penting
dan melupakan perkara yang remeh.

dan peringatan untuk semua rakan-rakan
sesungguhnya berdakwah itu wajib!
jadi, marilah sama-sama kita jadikan ia sebagai amalan.
solat itu tunjang agama
kalau kita tidak solat kita meruntuhkan agama.
dan boleh dikira sebagai kafir.
ingat, Allah sentiasa perhatikan kita.
jangan ingat bala Allah itu ringan.
jangan ingat kita sudah selamat.
entah-entah esok lusa bala akan berlaku di Malaysia.

renung-renungkan dan selamat beramal.
salam 'alaikum.

p/s ; kpd rakan-rakan seperjuangan, aku minta maaf atas segala kesalahan aku. dan aku memaafkan korg semua. sama2 kita do the best dalam S.P.M!!
:)