Thursday, March 17, 2011

Mati

Assalamualaikum. Alhamdulillah ana kembali untuk berkarya yang tidak seberapa. karya ana kali ini lebih kepada memuhasabah diri kita untuk kita terus kembali kepada Allah. Yakinlah, Allah itu sentiasa menanti hamba-Nya kembali kepada-Nya kerana sebagai hamba, adalah menjadi satu kewajipan untuk kita untuk kembali kepada tuannya. Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, dan Maha Pengasih.

Mati. satu perkara yang pasti. tiada makhluk di dunia ini tidak akan menemui mati. sedangkan para nabi dan rasul yang mulia juga menemui kematian apatah lagi kita hanya hamba yang kerdil di sisi Allah s.w.t. Setiap yang hidup, pasti akan menemui mati. tiada yang akan terus hidup selamanya melainkan Allah. apakah hari ini kita bersedia menemui mati ? hmm..soalan yang ana sendiri tidak mampu memberi jawapan yang setimpal.

Apa yang bermain dalam fikiran ana sekarang ialah tabiat manusia. masing-masing sibuk dengan dunia. tiada yang memikirkan tentang kematian tetapi tidak semua. setujukah antum jika ana kata manusia kini semakin leka dengan nafsu dunia ? sibuk mencari kemewahan. Allahuakbar, kuatkan semangatku untuk tidak menjadi golongan yang sibuk dengan dunia sahaja.

Mati biasanya dikaitkan dengan amalan, dosa pahala, syurga neraka. cukupkah amalanku hari ni ? berkualitikah ia ? ke mana arah tujuanku selepas mati ini ? Allah, Kau kuatkanlah aku. aku bukan hamba yang soleh, aku hamba yang hina, membawa dosa yang menggunung tinggi, namun Allah, aku masih mengharapkan ampunan-Mu ya Rabb. Allah, aku tahu Kau dengar rintihan hati ini, Kau kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaan yang bakal menimpa diriku... Muhabasah diri kita sama-sama kawanku sekalian.

Mati ohh mati. andai esok mati menjelma menjemput kita, apa yang mampu kita buat ketika itu? minta pada Allah dihidupkan kembali? mustahil. tidak, ia tidak mustahil kerana Allah itu Tuhan, Dia berkuasa atas segalanya. namun, apakah kita golongan yang bertuah itu ? hanya Allah yang tahu. mati ohh mati. jangan takut dengan mati, tapi kita kena bersedia dengan mati. apakah kita mampu mengharungi titian sirat nnt jika kita tidak bersedia dengan amalan ? itulah persoalan pokok.

Hayati bait-bait lirik lagi dibawah. hanyati, fahami, dan dengari lagu ini. Moga kita diberi hidayah dan kekuatan.

Sebelum Terlena - Hijjaz.

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu


Siapkan diri untuk bertemu Allah. Assalamualaikum.

;) ~fahimi indra pramanta~