Wednesday, February 23, 2011

Orang Bagi Cuka, Kita Balas Madu

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih lagi Allah beri kekuatan kepada ana untuk terus bekarya dengan menulis menerusi ruangan yang kian usang. Panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana Dia sahaja yang berkuasa memberi kita waktu untuk terus melihat kebesaranNya dan merasai nikmat pemberianNya.


Bila mana Allah uji kita dengan nikmat, perlulah kita ingat bahawa Allah sedang memberi kita test dengan kesenangan. jangan ingat semua kesenangan tu adalah satu nikmat, kadang-kadang kesenangan itu adalah musibah daripada Allah. kenapa perlu kita mengeluh dengan ujian sedangkan kita tidak tahu apakah rahmat atau maksud disebalik musibah yang menimpa? jangan cepat buruk sangka dengan Allah, sebab Allah tahu apakah yang terbaik buat makhlukNya. setuju? :)

Pernah ditanya sahabat-sahabat ana kepada ana, apakah yang terbaik buat orang yang menganiaya kita? hmm..soalan menguji keimanan sebenarnya. huhu ana agak terkedu dan jawapan ana agak teragak-agak dengan kata-kata yang tidak tersusun dan tidak mempunyai point yang kukuh. setelah lama ana berkelana, memikirkan, apakah yang terbaik buat orang yang mengniaya kita, akhirnya, Allah membuka mata dan hati ana dengan satu kisah daripada Rasulullah S.A.W yang mana baginda merupakan qudwah hasanah buat kita.

Pernah ketika Rasulullah pergi berdakwah ke Taif, bila berada di bumi Taif, baginda tidak dilayan begitu baik kerana membawa Islam bersama baginda. hinggakan baginda dihalau dan pembesar-pembesar Taif mengarahkan kanak-kanak pergi mengejar baginda Nabi seraya membaling batu dan juga najis. hinggakan warna merah memenuhi kasut baginda dengan titisan darah. lalu anak angkat baginda, Zaid bin Harithah (kalau tak silap ana) pergi kepada anak-anak Taif tadi dan menggigit telinga salah seorang daripada mereka barulah mereka pergi meninggalkan mereka berdua. lalu Allah mengarahkan 2 malaikat pergi kepada Rasulullah dan 2 malaikat itu bertanya kepada baginda samada mahu mereka mengangkat dua bukit lalu menghempap mereka dengan bukit itu atau biarkan sahaja. lalu baginda hanya minta Allah memberikan mereka (penduduk Taif) hidayah. (sumber : Fadhilat 'Amal ; Sheikhul Hadith Maulana Zakariya)

Lihatlah kesabaran Rasulullah kepada penduduk Taif ketika itu. sekarang lihat, apa yang berlaku di bumi Taif? semua penduduk Taif sudah memeluk Islam hingga kini dan kin lihat, atas hikmah kesabaran Rasulullah, lihatlah Islam berkembang hingga ke abad ini. bukan itu satu pengajaran buat diri kita? apabila ana membaca semula kisah diatas, lantas ana terfikir, kenapa perlu kita berdendam dengan orang lain? apa hak kita untuk menghukum seseorang? apakah kita lebih hebat daripada Tuhan? hmmm...renungan buat diri sebenarnya.


Lihat sendiri hikmah kesabaran Rasulullah ketika itu hingga membawa kepada kegemilangan Islam sejak 1400 tahun yang lalu. kenapa perlu kita terlalu ego dengan terlalu mengikut hawa nafsu dan emosi? bukankah itu satu tabiat yang mazmumah? hmmm..ego. Itulah manusia. terkenal dengan keegoan dan sering tewas dengan hawa nafsu. kenapa jika kita dilayan dengan kejahatan, kita pasti ingin balas dengan kejahatan. dimana sifat maaf-memaafkan dalam diri kita? hmm..hilang dan lapuk ditelan dek zaman.

Cuba tanya pada diri, apakah kita mampu memaksa hati kita supaya tidak menganiaya orang lain? apakah kita mampu mendidik diri kita membalas keburukan dengan kebaikan? hmmm..jawapannya bukan tak boleh, cuma kita tak nak. huhu kan? jangan cepat melatah jika kita diberi cuka, kerana cuka mempunyai manisnya sebenarnya. bila dapat cuka, simpan elok-elok, buat jeruk cuka itu, telan pelan-pelan. dan bila dapat cuka, sedekahkan madu kerana madu mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada kita. biarkan madu memaniskan cuka yang telah lama bertakung dalam bekas jiwa. simpan cuka, sedekah madu. ingat. :)


Ana ada beberapa tips untuk mendidik diri kita supaya lali dengan cuka. pertama, senyum. bukankah senyum itu adalah sedekah buat mereka yang beriman? teruskan senyum, kelak si pemberi cuka akan mendapat madunya. kedua, sabar. ingat, apakah hikmah bersabar? lihatlah berkat sabar Rasulullah, kita mendapat Islam hingga hari ini. jai, apakah perlu kita balas cuka dengan cuka? salahkah kita membalas cuka dengan madu? bukankah itu lebih baik? :)

Kalam akhir untuk post kali ini, bangunlah! jangan mudah menyerah kalah dengan ujian! jangan mudah terpedaya dengan manusia. jaga batas pergaulan, ingat kembali apakah tujuan kita berada di dunia ini. dan, penuhkan madu, kurangkan cuka.

"Hati memegang hati yang lain, tetapi Allah memautkan hati kita semua. mata memandang mata lain, namun pandangan Allah merangkumi semua" renung-renungkan. Assalamualaikum wajazakallah. :)


with peace and love,
Fahimi Indra Pramanta :)


Thursday, February 17, 2011

Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum. Alhamdulillah. masih mempunyai kudrat untuk menulis dan berkarya. indah hidup kita kerana Allah sering memberi kita peluang untuk berfikir dan melihat kebesaran serta keEsaan-Nya. ana mulakan karya ana kali ni dengan kalam mulia, Bismillah ar-Rahman ar-Rahim. :)

Memang tak boleh dinafikan yang hidup kita ni sering diuji Allah, tapi ujian yang diturunkan Allah kepada kita, lain orang, lain testnya. kadang-kadang sama, tapi biasanya lain. tapi perlu kita ingat yang setiap musibah yang berikan kepada kita itu adalah rahmat dan nikmat sebenarnya. tak perlu merungut dan bersedih jika ditimpa sebarang ujian yang berat. kenapa perlu merungut sedangkan ujian itu adalah rahmat daripada Allah namun dari cara yang berbeza? betul tak?

Apa point ana sebenarnya ana nak tekankan kat sini, yang setiap apa ujian yang Allah turunkan pada kita semuanya mempunyai hikmahnya tersendiri. tidak ada sebarang makhluk yang Allah cipta tidak mempunyai hikmah. semuanya ada hikmahnya tersendiri. betul tak? ana agak pelik bila ada yang kata bila ditimpa musibah yang buruk, bermakna Allah tak sayangkan diri kita. salah sangat statement tu. kenapa nak salahkan Allah tak sayangkan kita? kalau Allah tak sayangkan kita, dah lama Dia turunkan musibah yang berat kepada ummat Nabi Muhammad S.A.W sekarang ni sebab dah lalai sangat, tapi sekarang ni tak, Allah masih lagi pelihara kita dan tidak Allah lakukan kita seperti umat terdahulu yang Allah terbalikkan bumi dan Allah tenggelamkan mereka kerana tidak mengaku yang Allah itu adalah raja sekalian alam.


Ana terpanggil untuk menceritakan sedikit tentang pengalaman ana bila Allah menguji ana dengan jiwa yang kosong. ana pernah terfikir, mengapa Allah pernah membuatkan ana punya jiwa menjadi kosong seperti tinggalkan sesuatu yang sangat berharga. apa dia? ALLAH. bila kita jauhkan diri dari Allah, maka Allah akan jauh juga daripada kita. tapi bila kita setapak pergi ke arah Allah, maka 10 langkah Allah pergi kepada kita. lihatlah betapa dahsyatnya Allah ingin menguji dan lihatkan betapa hebatnya sayang Allah kepada kita.

Ana pernah mengalami pengalaman bila mana Allah menarik perasaan ingin mencari Allah. ana pernah dulunya tidak endah tentang agama. Allah, aku malu. malunya dengan Allah. tapi ana tahu Allah tu buat sesuatu pasti, pasti dan pasti ada hikmah disebaliknya. lalu Allah pertemukan ana dengan 2 orang sahabat ana, yang telah pergi seorang dan seorang lagi masih lagi membimbing ana kea arah kebaikan. lihat, Allah jauhkan ana dari Dia, dan Dia menjemput ana pulang dengan satu ikatan ukhwah yang kuat dan satu kepercayaan yang kuat kepada-Nya. sekarang, ana kembali dekat kepada Allah dan dalam proses mendekatkan lagi diri kepada-Nya.

Pernah ana ditanya oleh kawan-kawan ana, apa formula terbaik untuk berubah. jawapan ana mudah, pilih kawan yang baik, maka baiklah jadinya. ibu dan bapa hanya mampu berdoa untuk kebaikan kita apabila kita sudah berumur 12 tahun ke atas kerana kita sudah mula memberontak jika ditegur dan dilarang daripada melakukan sesuatu, setuju? jadi kawanlah yang membentuk diri kita sebenarnya. jika baik kawan kita, maka baiklah diri kita, jika tidak, maka sebaliknya pula akan berlaku.

Jihad melawan nafsu bukan satu perkara yang mudah. ana pernah bertanya pada kawan-kawan ana, terutamanya kaum hawa yang tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna. ana tanya pada dia, mengapa tidak memakai tudung? jawabnya, belum sampai seru. ana tanya lagi, bila seru nak sampai? jawabnya, nanti sampai saya bagitahu awak ya. ana tanya lagi, tak perasan ke yang Allah dah seru kita 5 kali setiap hari? jawabnya, yeke? bila? ana jawab, tak cukup kah bila tok bilal menyeru kita, "marilah menuju kejayaan" setiap kali azan 5 waktu solat? dia tidak menjawab selepas itu. ya, itulah seruan paling berkias yang Allah ingin tunjukkan pada kita. "marilah menuju kejayaan". carilah apa makna disebalik seruan Allah ini sebenarnya.


Ingatlah kawan-kawan, Allah menguji kita, bukan tanda Dia benci, tapi tanda Dia sayang. cuba bayangkan jika hidup kita tiada masalah langsung? apa jadi? tak berkembang minda kita untuk menghasilkan sesuatu yang baru. ana sering melihat manusia (pelajar terutamanya), lagi-lagi kaum hawa. bukan niat nak menjatuh atau mengkeji kaum hawa, tetapi ini apa yang ana nampak tentang kaum hawa. ada segelintir dari golongan mereka tidak endah tentang agama. mereka tidak endah tentang aurat mereka. ana setuju sangat kata-kata seorang ulama' terkenal iaitu Habib Umar daripada Yaman mengatakan, "sikap malu pada kaum wanita sudah tiada dan jika ada pun, terlalu sedikit." wahai kaum hawa, dimana malumu? tidakkah kamu sedar yang auratmu itu adalah mahkota paling berharga buat buat dirimu? dimana harga dirimu jika auratmu tidak dipelihara? sudah, jangan kata belum sampai seru. Allah sering menyeru kamu semua, cuma kamu semua sahaja tidak menyahut seruan Allah yang tidak pernah putus itu.

Ayuh bersama menanam sifat redha dengan ujian daripada Allah. Allah tidak pernah menguji kita dan tidak melihatkan kita kepada hikmah sesuatu perkara itu, cuma Allah ingin mendidik kita supaya berfikir dengan waras supaya kita dapat lihat apakah hikmah disebalik ujian. setiap ujian, Allah ingin didik kita supaya sabar dan redha dan terima seadanya ujian yang diberikan. Allah itu adil, bersabarlah, kerana Allah itu sukakan dan bersama-sama dengan orang yang sentiasa bersabar. usah bersedih ketika dilanda musibah, malah senyumlah. kerana senyuman mampu mengubah hidup kita. :)

Kata-kata yang baik itu adalah sedekah,
Senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah,
Setiap yang baik itu adalah sedekah. :)
setakat ini sahaja karya ana malam ini. nantikan post ana yang seterusnya. :) Barakallahu fikum wassalamu'alaikum w.b.t. :)


seruan yang terbaik. ^^

with love and peace,
Fahimi Indra Pramanta :)

Thursday, February 10, 2011

Jangan Buruk Sangka Dengan Allah

Salam. Alhamdulillah, diberi peluang untuk ana terus berkarya. Syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kepada kita, kita dapat terus menikmati nikmat-Nya yang tak pernah putus. there is no Goa accept Allah, and Muhammad S.A.W is His Prophet.



Hari ini ana nak ulas sedikit tentang buruk sangka kepada Allah. betul tak kita manusia zaman sekarang ni banyak buruk sangka dengan Allah? ana pasti, mesti ada yang tidak setuju dengan statement ana. kan kan kan ? huhu memang kita susah ank berbaik sangka dengan Allah, malah dengan manusia sendiri kita susah berbaik sangka. betul tak ? tak perlu rasanya ana kemukakan contoh kerana ana yakin antum faham maksud ana.

Apa contoh kita ni selalu buruk sangka dengan Allah ? kita selalu mempersoalkan kenapa itu, kenapa ini apabila sesuatu musibah itu terjadi. betul tak ? contohnya, kalau duit kita hilang, kita akan secara automatik berkata , "Allah, kenapa duit aku hilang? bukan aku dah simpan elok2 ke?" kan? itu perkara yang common yang kita sering persoalkan. sering persoalkan kenapa itu, kenapa ini, sedangkan kita lupa, setiap apa yang Allah buat, pasti ada hikmah disebaliknya. walau buruk mana pon perkara yang berlaku, pasti ada hikmah yang terselindung disebalik perkara itu.

Perlu kita persoalkan Pencipta? apa hak kita nak mempersoalkan Dia? banyak lagi soalan-soalan yang ditanya or diluahkan oleh orang-orang kita sekarang. antaranya :

1. If Allah tu baik, kenapa ada kejahatan?
2. If Allah sayang kita, kenapa Dia cipta syurga untuk org yang baik, dan neraka untuk orang yang jahat?

ini adalah antara soalan yang common ditanya orang Islam. bukankah soalan seperti ini mengganggu gugat iman kita sebagai seorang Islam? dan antara soalan yang ditanya oleh orang bukan Islam tentang Islam :

1. Kalau betul Islam tu agama yang berkasih sayang, kenapa perlu ada hukum hudud yang mana contohnya, jika seseorang itu murtad, akan dihukum bunuh oleh Islam?

2. Kenapa kamu (Muslimin & Muslimat) percaya pada Allah tapi kamu tak nampak pun Allah?

3. Kenapa Allah cipta malaikat? bukan ke Allah tu Pencipta dan boleh melakukan apa sahaja dan apa sebenarnya tujuan Allah mencipta malaikat? kan banyak-banyak malaikat semua ada tugas masing mcm menanggung arasy Allah?

Alhamdulillah, soalan-soalan seperti diatas sudah ana jumpakan jawapannya setelah bertanya kepada beberapa ustaz serta ana mendengar dan membaca serta menelaah daripada sumber yang dipercayai seperti ceramah golongan Hubaib serta syeikh-syeikh yang diyakini sumbernya.

Soalan 1.

Ya, mmg Islam agama yang berkasih sayang dan sangat menitik beratkan kasih sayang. tentang hukum bunuh kepada orang Islam yang telah murtad @ keluar dari Islam, mengapa tidak diberi peluang untuk dia bertaubat? mudah sahaja jawapannya. siapa kata Islam tidak memberi peluang kepada orang murtad? apakah tujuan hukum hudud yang dianjurkan oleh Islam. Bukankah apabila seseorang itu dikenakan hukum hudud dosanya dihapuskan? ada satu riwayat yang mana kisahnya seperti berikut :

"pada satu ketika, anak kepada Umar Al-Khattab, telah tewas kepada seorang wanita dan telah melakukan maksiat dengan wanita tersebut. dan cerita mengenai ketelanjuran anak Umar itu telah sampai ke telinga beliau. dan beliau mengajak anaknya makan bersamanya, dan beliau memberi anaknya makan hingga anaknya kenyang, lalu beliau bertanya kepada anaknya, "Apakah benar kau pernah telanjur dengan si polan?" lalu anaknya menjawab, "Ya, wahai ayahku, jalankan hukuman yang sepatutnya keatasku." lalu, ayahnya (Umar Al-Khattab) memutuskan untuk menajalankan hukuman hudud kepada anaknya itu. dan beliau memerintahkan kepada guru kepada anak beliau untuk menjalankan hukum itu, lalu apabila telah dijalankan sebatang sebanyak 96 kali, anak Umar telah lemah dan guru yang menyebat anaknya itu tidak sanggup lagi ingin melihat anak didiknya terseksa sebegitu. lalu Umar sendiri yang melangsaikan hutang sebanyak 4 kali sebatan lagi dan anaknya meninggal dunia dan Umar menangis melihat anaknya meniggal dunia. lalu, apabila mayat anaknya telah diuruskan, pada malam itu, Umar didatangi anaknya di dalam mimipi lalu anaknya berkata sambil tersenyum,"Wahai ayahku, terima kasih kerana telah membuatkan aku masuk ke syurga." "

menurut riwayat diatas, maka jelaslah bahawa seseiapa yang dikenakan hukum hudud atau apa2 hukum Islam yang dijalankan keatasnya adalah bertujuan untuk menghapuskan dosa. tetapi untuk orang yang telah murtad, dia akan diadili oleh pembesar Islam dan diberi pilihan samada bertaubat atau tidak. jika dia bertaubat, maka Alhamdulillah, jika tidak, maka tunggulah balasan yang setimpal keatasnya diakhirat kelak. perlu diingat, hukuman hudud tetap akan dikenakan keatas mereka yang telah murtad dan bertaubat kerana dengan hukuman itu, dosa murtadnya diampunkan Allah insyaAllah.

Soalan 2.

untuk jawab soalan ni, ana suka menggunakan dalil yang popular yang diajarkan oleh seorang Imam atau ulama' yang besar iaitu Imam Ghazali. beliau pernah ditanya, dimanakan Tuhan kamu (Allah) sedangkan kamu tidak nampak dimana Allah? lalu beliau menjawab, "Kamu sejuk tak sekarang ini, (ada kisah yang menyatakan bahawa ketika itu adalah musim sejuk) ?" lalu orang yang bertanya menjawab, " Ya." Imam Ghazali terus bertanya, "Mengapa kamu sejuk?" lalu dijawab oleh orang tadi yang sejuk ketika itu disebabkan angin yang bertiup. lalu Imam Ghazali menjawab, "Kamu nampakkah dimana angin? bagaimana kamu boleh merasai kesejukan tetapi kamu tidak nampak dimana angin itu?" lalu diamlah orang yang bertanya itu. lalu Imam Ghazali mengaitkan dengan Allah. "begitulah aqidah kami dan kepercayaan kami kepada Allah, kami tidak nampak Allah, namun kami dapat merasai akan kehadiran Allah."

Soalan 3.

Allah mencipta malaikat sebenarnya bukan untuk membantu-Nya. ya, mmg benar Allah memerintahkan para malaikat ada tugasan mereka masing-masing. Allah menciptakan malaikat bukan untuk membantuNya, tetapi untuk menunjukkan kekuasaanNya dengan menciptakan malaikat daripada cahaya, manusia dari tanah, syaitan dari api. bukankah hebat apabila Allah mampu mencipta makhluk dari pelbagai sumber, Allahuakbar. Hebat sungguh Allah.

rasa ana, setakat tu saja rasanya post ana pada kali ini. InsyaAllah ana akan memperbaiki lagi dan mencari lagi ilmu bagi menjawab soalan-soalan sebegini dan insyaAllah akan dikongsi. Wallahu'alam. Salaam.

Sama-sama kita cari mardhotilLah. :)

with peace and love,
Fahimi Indra. :)