Friday, May 14, 2010

Tolong

salam 'alaikum.
Alhamdulillah segala-galanya telah dipermudahkan Allah.
kali ni, ana nak update blog nie berkaitan dengan pertolongan.

hidup di dunia ini,
sebagai manusia kita pasti akan menghadapai ujian daripada Allah.
kadang-kadang kita bila dalam masalah kita akan terlupa pada Allah.
dan perkataan pertama yang akan keluar dari mulut manusia kini ialah CARUTAN dan MAKIAN.
inilah dia masalah kita sekarang.
lupa pada pertolongan Allah.
sedangkan Allah telahpun berjanji pada kita Ummat Muhammad,
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan-Ku perkenankan."
tapi, kita masih lagi lupa pada dia.
betul tak ?

macam nilah.
kita nie hamba Allah. kan ?
jadi, sebagai hamba Allah, apa-apa masalah, kita mengadulah pada Dia.
cari Dia dulu baru cari kawan2.
bukan ana nak halang untuk kita berkongsi masalah dengan rakan-rakan.
memang itulah lumrah dalam persahabatan,
kalau ada masalah kita akan luahkan kepada kawan.
mmg itulah lumrahnya.

tapi yang salahnya,
kita bila ada masalah, kita akan rujuk kepada kawan dulu,
kita akan cerita pada kawan dulu.
sepatutnya, ceritalah pada Allah, minta pertolongan pada Dia.
Dia Maha Mendengar.

berdoalah kepada Allah.
Allah mesti makbulkan doa kita kalau betul caranya.
kalau kita buat apa yang Dia suruh dan tinggal apa Dia suruh tinggal.
kita kena ingat, apa sahaja perkara yang berlaku,
akhirnya yang mebantu hanya Allah.
akhirnya penentuan dilakukan oleh Allah.
akhirnya terima kasih juga kepada Allah.

renungan buat teman-teman.
kalau kita harap hanya pada manusia, maka ianya hanya merugikan.
kalau kita harap hanya pada harta benda, maka ianya hanya sia-sia.
kalau kita harap hanya pada Allah, nescaya apa yang Dia kata jadi, maka jadilah ia.

percaya pada Allah adalah penting kerana hanya Dia yang menentukan segalanya.
dengan izin Allah, segala yang kita minta akan dimakbulkan jua. InsyaAllah. :)

sekian dari ana, Fahimi Indra.
renungkan. :)