Sunday, January 23, 2011

Waktu Malam Di Kuala Lumpur.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih diberi kudrat untuk terus menaip malam ini. Jam menunjukkan pukul 2.12 pagi. Alhamdulillah, mungkin Allah beri peluang pada ana, untuk menaip dam menyebarkan pengalaman ana di Kuala Lumpur, Ibu Kota metropolitan di bumi Malaysia.

Jam 1.oo pagi tepat, ana berada betul-betul ditengah bandar Kuala Lumpur. Bukan nak menjatuhkan , tapi apa yang ana lihat, semua yang berpeleseran di jalan-jalan raya, pub, club malam, kaki lima, semuanya orang melayu, dan paling menyedihkan, ISLAM. Di mana pihak berkuasa ya? Inilah perkara pertama yang bermain di minda fikiran ana pada ketika ini. Serterusnya ana terfikir, dimanakah mak ayah mereka? Di manakan perasaan malu mereka? Berpeleseran seperti umat yang tidak bertamadun? Hmm... sedih apabila melihat mereka begitu.


antara pusat maksiat di JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR.
nak tengok orang Islam mabuk, semua ada dalam ni.

Alhamdulillah, ana tidak terlibat dengan perkara sebegitu lagi. Dulunya, ana pernah (ye kot, adalah sikit-sikit) terlibat dengan perkara-perkara sia-sia macam tu. tapi Alhamdulillah, atas doa mak dan ayah (Puan Darnita & Encik Didi Indra) serta dorongan dari sahabat-sahabat (Saudara Firdaus & Arwah Syafix Ariff) telah memberi saya inspirasi untuk terus mencari mardhatilLah. Alhamdulillah, kini masih lagi berterusan mencari keredhaan Allah. :)

Saya pernah berbincang dengan sahabt-sahabat ya, mengapa isu sosial dalam kalangan remaja melayu Islam terutamanya meruncing dari hari ke sehari? Berderet-deret maksiat berlaku dalam kalangan remaja Islam. Contohnya, pemakaian tudung @ jilbab @ hijab dalam kalangan wanita kini. Ada yang bertudung, tapi lengan pendek hingga nampak ketiak. Ada yang bertudung, tapi baju ketat hingga menunjukkan 'kebanggaan' dirinya (maaf bahasa kasar). Ada juga yang diberikan peluang untuk mentarbiyah dirinya untuk berubah kearah Islamiyyah, tetapi melenting, katanya tidak relevan dengan peredaran masa. WHAT??!! Tidak relevan?? Pemikiran kamulah yang tidak relevan sebenarnya! Kerana menganggap agamamu (ISLAM) tidak mengikut perdaran zaman!


pakai tudung macam nilah baru modern!
nampak segala 'emas' yang ada dekat atas badan.
(baguskan?)

Di Kuala Lumpur, saya ingin menekankan di K.L Bandar yang 'maju' dengan maksiat. Siapa yang tidak merokok, tidak mewrnakan rambut, tidak memakai baju yang boleh menaikkan syahwat, mereka adalah dayus! Tidak boleh dibuat kawan. Namun, kawan yang memakai kopiah, mengajak kearah kebaikan, mengajak kearah keredhaan Allah, dia adalah kawan yang tiada manfaat (walaupun ada yang menganggap mereka memberi manfaat juga sebenarnya). Orang yang baik tidak rugi, namun dalam keadaan bahaya. Kerana seorang yang tidak baik akan menghasut orang yang baik untuk ikut dia kearah kebatilan.

Cuba anda lihat dari sudut lain, apakah punca permasalahan ini? HIBURAN! FESYEN! SEKS! SHOPPING! LAGU! 5S yang menjadi 'keyword' bagi Illuminatis. Semua itu adalah jarum yang berjaya menusuk ke dalam qalbu remaja melayu Islam di Malaysia. Sedih tak? Siapa pernah jumpa Malaysians yang tidak pernah dengar lagu langsung? Sangat minoriti! Kerana jarum YAHUDI berjaya masuk ke dalam hati umat ISLAM! :( di mana tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam? Hmmm...hanya dapat membenci dengan hati (lemahnya Iman). :(



kebanggaan ni! barulah modern!
(jawablah kamu depan tuhan dikk..)

Cuba anda bayangkan, perkara sunat (perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W) dipandang hina oleh umat Islam kini (lagi-lagi remaja di sekolah). Contohnya, Rasulullah pernah memeluk sahabat2nya dan mencium pipi sahabat2nya (Fadhilat Amal). Namun, apabila ada yang mengaplikasikan perkara tersebut bagi remaja kini, mereka ialah GAY! Memeluk sahabat sejenis dan mencium pipi sahabat sejenis adalah satu perkara yang jijik kata mereka! Jika begitu, mereka juga mengaitkan Rasulullah dalam hal ini. Kerana apa yang dilakukan adalah perkara yang dilakukan baginda.

Remaja di K.L. Terutamanya yang kaya raya (sebab harta mak ayah - habiskan beras je). Pergi club malam adalah satu rutin. Pergi masjid? Hari jumaat sahaja, itupun belum tentu, kerana tak wajib, SOLAT DAH KETINGGALAN ZAMAN! Astaghfirullah. Di mana rasa malu wahai saudara ku?? Ya, bagi mereka, 'nightclub' adalah 'wajib' dan menjadi tuntutan, dan solat? "Alah, dah nak mati nanti barulah solat," kata sebahagian dari mereka. Dik, itupun kalau sempat dik. Kalau tak? Jangan cari orang lain kat akhirat nanti. Pergilah kat arak adik tu, moga 'dia' memberi syafaat kat akhirat nanti. Jangan haraplahh!

Hmm..luah juga perasaan ana hari ini. sedih dengan umat Islam. ramai yang jauh menyimpang dari ajaran agama. "tiada mak bapak dia ajar agama ke?" kata rakan ana. memang agak kasar, tapi, lihat pada mesejnya. semoga kita sentiasa berada dalam mardhotilLah. Semoga Allah, sentiasa bersama kita. Amin. Assalamualaikum. :)

jom, kita kembali pada Allah. carilah redha Allah,
bukan hanya redha manusia semata.


jadilah seperti haiwan buas ini.
walau buas mana sekalipun ia,
ia tetap menyayangi anaknya sendiri,
ia tetap masih bersama anaknya,
menjaga anaknya.
alangkah baiknya jika kita semua begini. :)

Tuesday, January 18, 2011

Maaf

Salam, maaf sebab tidak sempat update blog. Busy dengan assignment. InsyaAllah akan diupdate dalam masa terdekat. Dan satu trasformasi akan dilakukan pada blog saya. Apa perubahannya? Tunggu~ :D