Wednesday, March 31, 2010

Thank You Allah

salam.
agak lama ana tak update blog ana nie.
entah kenapa Allah buka kembali hati ana untuk terus menaip di dalam blog ini.
ada hikmahnya. kan ?

semalam ana ke rumah pak su ana.
ana tertarik dengan topik yg pak su ana bangkitkan.
" KENAPA KITA NI (ORG ISLAM) DOK HALANG ORG KRISTIAN SEBARKAN AGAMA DIA, MARAH MEREKA, HALANG MEREKA, SEDANGKAN KITA SENDIRI TIADA IJTIHAD UNTUK BUAT MACAM MANA MEREKA BUAT."
kan ? betol tak statement kat atas ni ?

kita ni org melayu islam sibuk bising pasal kalimah Allah,
tapi habuk pon tak buat sedangkan mereka (kristian) habis-habisan untuk pertahan hak mereka.
apa yg kita buat, MEMORENDUM, TUNJUK PERASAAN, MENGUTUK.
ini ke Rasulullah ajar ummatnya ?
ini ke yg Rasulullah minta ummat dia buat ?
dah tu kita dok bakar gereja ?
apa semua ni ?
membakar rumah ibadat adalah dilarang sama sekali oleh baginda Nabi.
yang kita dok lawan kata nabi tu buat apa ?

kalau betul la orang islam di Malaysia ni betul sayangkan islam,
ana nak tengok 100% orang islam semua menjaga akidah.
ni tidak, kononnya kita negara islam yang merdeka,
tapi masalah sosial MAJORITI adalah orang ISLAM.
tak malu ke kita ?
masalah ummat ni semua berpunca dari siapa?
dari mana?
apa punca sebenarnya?
jawapannya, semua berpunca dari pemimpin yang mempertikai hukum Allah.

untuk atasi masalah sosial, satu sahaja jalannya.
jalankan hukum Allah yg ada dalam Al-Quran.
ni tidak, nak mempertikai sana sini.
katanya hukum Allah ni lapuk.
ni ke negara Islam ?
bengong ke ape orang yg cakap mcm tu ?
kalo hukum Allah tu dah lapuk, maknenye ko cakap Al-Quran tu dah lapuk ?
SESUNGGUHNYA APA SAHAJA YANG ALLAH BUAT SEMUANYA BERNILAI!

antara hukum yang telah ditentukan Allah.
1. surah An-Nur ayat 2. (Hukuman kepada penzina)
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman"

2. surah Al-Maidah ayat 38. (Hukuman kepada Pencuri)
"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

inilah bukti-bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah kepada manusia yang berdosa.
dengan jelas Allah telah menyatakan,
"Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
jadi, apa hak kita yang mahu berlagak pandai mengubah hukum Allah?
apakah kita tahu segalanya ?
sesungguhnya Allah berkuasa atas segalanya.

jadi,
pengajaran buat kita kaum muda,
pertahankan islam,
bukan hanya di mulut,
sebarkan islam, bukan hanya di mulut.
lakukan dengan ikhlas.
sama-sama kita berdakwah fisabilillah untuk mempertahankan Islam.
kerana Islam adalah agama yang sempurna.

Wallahu'alam.