Thursday, April 5, 2012

Politik Politik Politk

Assalam. Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda.

post kedua untuk hari ini. aku ni suka perhati politik malaysia. sometimes rubbish, mengarut, bodoh dan etc yang sesuai. kesimpulannya teruk. kenapa aku cakap mcm tu? sebab kalau aku letak aku sebagai orang yang baru nak berjinak-jinak dengan politik, aku akan termakan dengan stail politik bergaduh yang sejak kebelakangan ini dah jadi adat atau flow dalam politik Malaysia.

itu takpa lagi. paling aku tak boleh terima budaya fitnah, buruk memburuk sesama parti politik. pembangkang kata kerajaan, kerajaan kata pembangkang. so mana penyelesaiannya? aku sebagai rakyat, aku nak penyelesaian, bukan nak tengok anda semua bertelagah kat dalam media perdana. bila dah berbulan-bulan, bertahun-tahun aku perhati, semakin lama semakin menyampah. tiada penyelesaian.

apa yang aku nampak, pihak kerajaan sibuk menyerang ketua pembangkang anuar ibrahim. yes, anuar ibrahim. buka tv3, anuar ibrahim. tengok paper, anwar. radio, anwar. COME ON MALAYSIANS GOVERNMENT! anda semua tak ada benda lain nak fikirkah? dulu kata anwar gay. lepas tu kaitkan anwar dengan zionis, lepas tu apa pula? then anwar jawab melalui ceramah-ceramah dia. yes, its okay sebab pada aku anwar tidak diberi ruang dalam media perdana untuk jawab segala tohmahan yang dilontarkan kepadanya. so, tak jadi masalah bg aku.

but sometimes pas, pkr dan dap buat benda yang sama kerajaan buat if mereka kata mereka mahu jatuhkan bn. yeah, itu objektif pr. tp kalau boleh, aku rasa stop blaming the gov. if benda salah, okay, bangkang. kalau benda betul kita setuju. aku yakin dan percaya dalam pr semuanya ahli bijak pandai. bak kata drM, doktor-doktor ramai yang masuk pas berbanding umno. good quotes tun. kalau aku jadi pm, aku akan terasa dan aku yakin pm take it as a good comment.

dari sudut lain, perlaksanaan hukum hudud. aku banyak buka ceramah-ceramah dari kedua-dua belah pihak. dulu, drM kata hudud tu ciptaan ahli fekah. pada aku itu kenyataan orang yang tak ada ilmu. agama bukan bidang drM. so kalau aku, tak boleh salahkan dia. masalah pada yang bertanya. mungkin salah struktur soalan, atau mungkin mmg saja nak tanya pada drM? hanya Tuhan yang tahu. mungkin nak kenakan drM? ntahlah. aku tak mahu komen panjang. tp kesimpulannya, hudud bukan ciptaan manusia, ia daripada Allah.

ok, paling banyak-banyak isu, aku tak boleh terima bila pm kata "selagi bn memerintah, kita tidak akan melaksanakan hudud." ok. pm tak sepatutnya berkata sebegitu. kalau aku, aku amik ayat itu sebagai menolak hudud secara total. ibaratnya, hudud tidak relevan langsung. ya, prof yusuf al-qardhawi pun kata, dalam negara Islam, hudud itu tak perlu menjadi objektif utama, yang perlu ialah perlaksanaan sistem Islam. maksudnya disini kalau rakyat dah boleh terima pemikiran secara Islam, maka secar automatik, rakyat akan minta kerajaan utk laksana hukum-hukum Allah.

apa yang berlaku sekarang, mojoriti rakyat berfikir secara luar. apa yang mereka faham, hudud potong tangan kaki. sedangkan sebelum itu ada lagi procedure yang perlu diikut sebelum proses potong memotong dijalankan. Islam tidak sezalim itu. pada aku, majoriti dari kita tak faham. apa yang perlu kerajaan atau bakal kerajaan buat ialah betulkan sistem pendidikan. dari sistem pendidikan, kita akan mampu ubah sistem pemikiran rakyat. cool rite? ini aku pun baru terfikir bila aku dah dengar forum antara ulama' muda. statement ni aku suka daripada ustaz zulkifli ahmad atau ustaz zul pandan. ok, cukup pasal hudud.

Usaha Pas dalam menarik anak muda dekat semula dengan Islam.

okay, sejak kebelakangan ni, kalau anda semua perasan, banyak artis balik kepada Islam. dimulai dengan kak wardina, lepas tu sham kamikaze dan ramai lagi. its a good news utk para pendakwah. as we know, anak muda angkat artis sebagai idola. apa yang kebayakkan ustaz dalam pas usahakan, mereka berkoloberasi dengan artis artis yang baru 'balik' ni untuk tarik anak muda yang dah jauh. contohnya, sham kamikaze, melalui pengaruh yang dia boleh bawa ialah, dengan skill dia main gitar, dia mampu tarik mamat-mamat jiwang. aku terbaca orang tulis pasal sham. masa tu dia buat bengkel main gitar. ramai yang ikut. then, beberapa minit sebelum masuk waktu asar, sham kata, "dalam pukul 5ptg nnt, aku nak ajar korg mcm mana gitaris matellica (tak igt nama) goreng gitar" sukalah mamat mamat gitar tu, tapi sham kata, "sblm tu, jom kita solat asar." tengok skill sham tackle anak muda kita? cool kan? tapi kebanyakkan artis ini akan bekerjasama dengan ustaz zul pandan.
percayalah. bila orang dah balik kepada Islam, dia akan lebih komited. tak nak lepas peluang kemanisan iman. kak wardina kini selalu pergi usrah. aku yakin dia mesti ajak kawan2 artis dia. paling tidak dia dakwah mereka untuk ikut program baikkan? cool. so, sokonglah orang yang bawak Islam. kita bawak Islam dari bawah sampai ke atas. dap ke pkr ke, pimpinan pas perlu terangkan Islam dengan baik kpd mereka. trust me, they will believe in Islam if they really understand what is Islam. umno juga begitu, if mereka berusaha untuk menerangkan Islam kepada mca n mic, aku setuju sangat. itu lah yang perlu. kefahaman mca and mic terhadap Islam terlalu rendah. dakwah itu penting.

 

dengar lagu ini. hayati lirik dia. bagus. santapan rohani yang membentuk diri kita. orite? be cool. kembali pada Islam. Assalamualaikum.

No comments: