Friday, May 4, 2012

Doktor Cinta ?

Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana segala nikmat yang Dia bagi pada kita semua. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat yang mulia, para tabi' tabi'in, serta semua ulama' yang diredhai Allah. 

Fenomena artis youtube, artis cinta, doktor cinta di facebook dan twitter menjadi-jadi. Sometimes aku tengok pun naik menyampah. Yang ajaibnya, orang-orang macam ni, diangkat, disukai. Aku bukan jeles. Itu mentaliti kita semua sekarang. Bukan aku nak kata dorang semua salah, cuma pandangan kita, penilaian kita kena betul. Kenapa tak nak ambil kata-kata ustaz yang mulia? Kenapa orang yang entah dari mana dia dapat kata-kata tu kita nak kena angkat? 

Dulu Najwa Latiff dengan Cinta Muka Bukunya, lepas ni siapa pula nak buat Cinta Burung Cicip (Twitter)? Nampak tak nonsense dia tu? Haih. Aku tau, lepas korang baca ni, mesti punya, kata jeles, get a life, men-capub apa bagai. At least aku ada pandangan aku sendiri. Benda salah, tetap salah, benda betul tetap betul. Fikirkan secara matang. Jangan bias dalam membuat penilaian dan keputusan. Apa korang dapat pun kalau bias kan?

Korang nak jadi doktor cinta ke, artis cinta ke, artis youtube ke, itu terserah. Itu pilihan korang sendiri. But, please. Pernah korang terfikir isi yang korang cakapkan tu betul ke, salah ke, ikut ke landasan syarak Islam dah tetapkan? Aku cuma tak berapa setuju dengan segelintir artis (tak kisah youtube ke, facebook ke) and so called 'doktor cinta' ni. Macam aku cakap, nak menilai kita tak boleh bias. 

Bila beri pendapat tentang cinta, pleaselah rujuk dengan orang yang betul. Contohnya, adalah segolongan manusia ni, pendapat dia ibaratnya meng-iya-kan couple couple ni. Pada aku, tak dak dalil yang menghalalkan couple beb. Mana ada? Islam ajar cara lain. Cari kitab yang ada beb. Aku anjurkan cari kitab Tarbiyatul Aulad karangan Dr Nasih Ulwan. Huraian yang mengikut landas Islam yang sebenar.

Sebab apa? Ok, most of the view, tak kisahlah lelaki atau perempuan, semuanya memihak kepada jantina masing-masing. Macam.. what the....??! Kau nak perjuangkan jantina macam di Barat? Kau nak menangkan jantina kau je? Ya Allah. Matured sikit, kalau kau perempuan, kau kena terima hakikat yang kau tu ada garis panduan yang agama dah sediakan. Sebab orang perempuan ni sebenarnya mulia disisi Islam. Hak orang perempuan ni ada dalam Islam. Bukan menindas. Kau kena faham istilah PEREMPUAN ADA HAK DISISI ISLAM. So, ikutlah agama, buat apa nak bagi view sendiri? Dah lupa yang kau ada agama?

Yang lelaki pula, lain pula ceritanya. Ibaratnya lelaki ini macam tak ada kelemahan. Abang, macam aku cakap, kita manusia bang. Ada kelemahan, ada kelebihan. So, face the fact. Lelaki juga ada hak yang dah digariskan oleh Islam. So why nak angkat kaum lelaki ni? Perempuan takda maruah ke? Perempuan ni mulia sebenarnya. Sebab lelaki atau perempuan tidak keluar dari perut seorang ayah, tetapi Ibu. 

Main point disini sebenarnya, Lelaki dan perempuan ada hak masing-masing dalam Islam. Islam tidak pernah mengajar kita memperjuangkan gender atau jantina. Terima hakikat akan kelemahan dan kelebihan jantina masing-masing. Terima fakta yang Lelaki dan Perempuan pergi ke mana pun, tetap memerlukan satu sama lain. Yalah, seorang anak itu tak akan lahir tanpa hadirnya seorang ibu dan ayah kan? Ini fakta yang kita tak boleh tolak.

Tapi tak dinafikan juga yang ada juga view yang betul dari segelintir 'doktor cinta' yang tidak bertauliah ni. Jangan terlalu bias untuk menilai. Ada yang aku setuju dan ada yang tidak setuju walaupun sedikit. Nak bercinta, biarlah selepas kahwin. Itu lebih molek. Cari cinta Allah dulu. Susah tuu. Aku pernah terbaca satu status di Facebook, ini sebenarnya teguran yang baik buat yang sedang mabuk cinta ni :

"Jangan sibuk mencari rusuk kiri (isteri) kalau syurga dibawah kaki (ibu) pun tidak boleh dihargai sebaiknya."

Cermin diri kita. See yourself at the mirror. Hidupkah kita di dunia ini kalau mak ayah kita takda? Renungan ya.

Aku ni pun bukan sempurna. Aku teringat kata seorang sahabat aku, dia kata :

"Takada orang yang lahir-lahir terus ada sifat yang mulia, melainkan Nabi. Kita bermula dengan kesilapan, dan kesilapan itu akan mengajar kita untuk menjadi baik."

Jadi sebelum aku habiskan kata-kata aku dalam post kali ini, tengok video ini buat renungan. Hayati liriknya dengan baik. InsyaAllah, renungan ini amat bermanfaat buat diri kita. Assalamualaikum. :)

No comments: