Sunday, May 13, 2012

Hanya Untuk Mama

Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana segala nikmat yang Dia bagi pada kita semua. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat yang mulia, para tabi' tabi'in, serta semua ulama' yang diredhai Allah. 
 
Hari ini hari yang istimewa buat semua insan yang bernama Mama, Umie, Ibu, Mak, Bonda. Dan ia tidak juga bermaksud hanya hari ini sahaja kita semua perlu menunjukkan rasa penghargaan buat ibu. Ibu adalah insan yang mulia. Rasulullah juga pernah bersabda tentang perkara ini. Rasa tak perlu untuk aku ungkapkan hadith yang popular itu. 

Its about my mom and your mom. Ibuku digelar sebagai Mama oleh adik-beradikku. Satu-satunya wanita yang aku kenal, tidak pernah berkata 'TIDAK', tidak pernah mengalah, kuat semangat, penyabar dan most important is, mamaku sangatlah humble. 

Dulu masa aku kecik-kecik, malam-malam pukul 10 sebelum balik mesti singgah beli burger. Penat-penat pon, cari juga. Dulu masa kecik-kecik, dalam pukul 12 tgh hari, aku mesti telefon klinik mama aku, tanya dia balik umah kol bape even aku dah tahu dah rutin dia balik pukul berapa setiap hari.

Mama aku tak pernah halang apa yang anak-anak dia nak buat, tetapi syaratnya mesti selari dengan batas syariat agama. Usah melampau. Kita ada panduan. Macam-macam pesanan mama buat kami adik beradik. Kalau nak di tulis didalam buku rasanya lebih tebal dari sebuah (?) kamus.
 
Dia selalu pesan kat kami adik-beradik. Pesanan dia tak pernah hilang dalam ingataan aku. 
 
"Nanti bila mama dah tak ada, jangan bergaduh adik-beradik. Korang semua satu keluarga."
 
 
Jadi adalah amat mustahil untuk aku tidak menghormati mama aku. Amat mustahil untuk aku derhaka dengan dia. 
 
Nota untuk Mama :
 
Mama, thanks for being the best mom in the world. No can replace you in my heart. 
 
Mama, I'm so sorry for every mistakes I've done to you. I'm sorry for everything.
 
Mama, kalau mama rasa anak-anak mama tak ambil kisah pasal mama, untuk pengetahuan mama, ITU ADALAH SANGKAAN MAMA YANG PALING SALAH. KAMI SEMUA CARING PASAL MAMA, KAMI SEMUA SAYANG MAMA! MAMA ADALAH IBU PALING BEST! 
 
Nothing much I can say. Ma, Happy Mothers Day. I Love You SO MUCH! :')
 
Puan Darnita bt Harun, My angel, My Mom, My blessed Mom!
 
 

No comments: