Thursday, June 2, 2011

Kenapa Allah beri kita ujian?

Assalamualaikum. Lama sudah ana tak update blog ana ni. rasanya dah bersawang dah blog ana ni. hehehe tapi bukan ana lupa pada blog ana ni, cuma ana ambil masa kumpul bahan untuk tulis apa dalam blog usang ana ni. Apa-apa pun, ana mulakan post ana kali ini seperti biasa dengan,

As a muslim, kita mesti admit satu perkara yang mana tidak beriman seseorang itu jika tidak dijuji. Percaya atau tak tapi itulah kenyataannya. mesti kita ingat susah itu ujian dan kesenangan itu bukan ujian kan? tapi kenyataannya kesenangan itulah ujian paling susah sekali. Nabi pun risaukan umatnya diujia dengan kesenangan berbanding kesusahan kerana apa? kerana bila kita susah kita lebih senang ingat pada Allah, namin bila kita senang, kita susah untuk ingat pada Allah. betul tak? tak percaya cuba muhasabah semula diri anda. :)

Ana yakin kita semua pasti pernah menghadapi ujian kan? perlu diingat setiap ujian yang kita hadapi itu semua kita mampu hadapi kerana Allah tidak akan menguji kita kalau kita tak mampu menghadapinya. dari situ dapat kita lihat sebenarnya Allah sayangkan kita. dan sebenarnya ujian itu ialah tanda sayang Allah pada kita. jadi sebenarnya apabila kita ditimpa sebarang musibah atau bala, haruslah kita lafazkan rasa syukur dalam hati kerana itu adalah tanda sayang Allah pada kita. :)

Berbalik pada soalan, kenapa Allah beri kita ujian? semuanya kerana Allah ingin memberi rahmat kepada kita. cuba anda fikirkan, Rasulullah ajar kita supaya bersabar apabila ditimpa ujian, betul tak? disebalik sabar itu Allah kurniakan rahmat. sebab itu kita perlu rasa bersyukur apabila ditimpa ujian kerana Allah sayangkan, dan apabila kita menghadapi satu-satu ujian itu, adalah satu bonus apabila kita boleh bersabar menghadapinya. :)

Jadi, equation ujian ni macam ni :
UJIAN/MUSIBAH/BALA + SABAR/REDHA/BERSYUKUR=RAHMAT ALLAH.
so, redha siapa lagi kita perlukan kalau bukan redha Allah? kasih sayang siapa yang lebih kita perlukan kalau bukan kasih sayang daripada Allah? bersyukurlah, kerana syukur itu tanda kita sayang dan redha atas segala apa yang Allah berikan kepada kita. bersabarlah, kerana sabar itu sebahagian daripada iman dan sabar itu kunci untuk kita berjaya. hadapi ujian itu dengan tenang dan sabar. :)

Assalamualaikum. (^^,)


bersyukurlah seperti kucing ini! :)


peringatan buat diri :)

No comments: